AGENDA

Tonton tadabbur al-Quran sehari satu ayat sepanjang Ramadan (VIDEO)

11 Mac 2024, 6:00 AM
Tonton tadabbur al-Quran sehari satu ayat sepanjang Ramadan (VIDEO)

SHAH ALAM, 11 MAC: Program tadabbur al-Quran sehari satu ayat anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar sekali lagi ditayangkan sepanjang Ramadan mulai esok.

Program bertema tadabbur dan pengertian al-Quran dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Dato’ Menteri Besar berkata program kupasan al-Quran itu kembali menemui penonton hasil maklum balas positif serta mendapat kadar tontonan tinggi ketika ditayangkan di TV Al-Hijrah.

"Kali ini saya akan dibimbing oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Pada kali ini kita akan menjemput saudara Qawiy (Abdul Qawiy Abdul Rashid ), seorang qari yang berbakat untuk bersama-sama membacakan tilawah ayat-ayat pilihan," katanya Dato Seri Amirudin Shari.

Program julung kali dianjurkan Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor tahun lalu menyaksikan bacaan Amirudin dikupas Ustaz Roslan Mohamed, Don Daniyal, Ahmad Fakhrurrazi.

[video width="848" height="480" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Video-2024-03-11-at-11.10.12-AM.mp4"][/video]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.