EXCO

Negeri sedia RM33.8 juta laksana projek tebatan banjir di Kuala Langat

28 Feb 2024, 4:45 AM
Negeri sedia RM33.8 juta laksana projek tebatan banjir di Kuala Langat

SHAH ALAM, 28 FEB: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memperuntuk RM33.8 juta bagi melaksanakan dua projek rancangan tebatan banjir (RTB) sekitar Kuala Langat.

EXCO infrastruktur menjelaskan RTB Sungai Sijangkang bermula 25 Mei tahun lalu meliputi penstabilan dan pengukuhan tebing serta pembinaan perangkap pencemar kasar dengan kos RM18.8 juta.

Menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri hari ini, Ir Izham Hashim berkata projek RTB Sungai Banting bernilai RM15 juta yang dilaksana 17 Mei tahun lalu pula membabitkan kerja pembinaan ‘u-drain’.

"Status pelaksanaan (kedua-dua) projek mencapai 13 peratus sehingga 31 Januari lalu,” katanya menambah projek berkenaan dijangka siap antara Ogos hingga November ini.

Berhubung naik taraf sistem perparitan di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang, Ir Izham berkata ia membabitkan pembaikan longkang dan longkang bumi dengan kos RM5.5 juta dan dijangka siap 2025.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.