AGENDA

Klang, Gombak antara lima daerah negeri diramal hujan lebat hingga 1 pagi

25 Feb 2024, 3:03 PM
Klang, Gombak antara lima daerah negeri diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 25 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 1 pagi.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia  memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.