AGENDA

112 rakyat Palestin maut, 157 cedera dalam tempoh 24 jam

17 Feb 2024, 12:50 AM
112 rakyat Palestin maut, 157 cedera dalam tempoh 24 jam

GAZA, 17 FEB: Seramai 112 penduduk Palestin maut angkara kekejaman tentera penceroboh Israel manakala 157 lagi cedera dalam tempoh 24 jam di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Jumlah korban yang direkodkan sejak Israel mula menceroboh Gaza pada 7 Okt meningkat kepada 28,775 dan 68,552 lagi cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.

Sumber itu berkata beberapa mangsa masih hilang di bawah runtuhan dan di jalanan, berikutan tentera Israel menghalang ambulans dan pasukan penyelamat daripada menjalankan tugas mereka.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.