ad
AGENDA

Sertai saringan kesihatan percuma di Sijangkang esok

16 Feb 2024, 5:24 AM
Sertai saringan kesihatan percuma di Sijangkang esok
Sertai saringan kesihatan percuma di Sijangkang esok

SHAH ALAM, 16 FEB: Orang ramai dijemput menyertai program saringan kesihatan percuma di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang esok.

EXCO kesihatan awam berkata Selangor Saring bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari di The Arch @Rimbayu, Jalan Flora 3, Persiaran Rimbayu, Banting.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, saringan membabitkan penyakit tidak berjangkit (jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang) dan kanser (kolorektal, prostat, serviks, payudara).

[caption id="attachment_627252" align="alignleft" width="346"] EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin[/caption]

“Selain itu saringan mata (rabun, glaukoma, retina) serta pemeriksaan tambahan iaitu gigi, telinga dan fisioterapi,” katanya di Facebook.

Pendaftaran boleh dibuat di Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan ujian saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal di aplikasi itu.

Hubungi hotline Selcare di talian 1800 226 600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran.

Sebelum ini Jamaliah memaklumkan Selangor Saring tahun ini menjelajah ke 56 DUN secara berperingkat.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.