AGENDA

Tahun Baharu Cina: MB harap rakyat terus cipta kejayaan, berani

10 Feb 2024, 5:22 AM
Tahun Baharu Cina: MB harap rakyat terus cipta kejayaan, berani

SHAH ALAM, 10 FEB: Dato’ Menteri Besar berharap seluruh rakyat terus bersemangat mencipta kejayaan dan memiliki keberanian seumpama naga sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mengikut kalendar lunar Cina kali ini, tahun naga menjadi simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan bagi masyarakat Cina.

“Dengan memeluk semangat kedatangan tahun naga, saya mengharap kita sentiasa bersemangat mencipta kejayaan dan memiliki keberanian yang gagah seumpama naga.

“Kerajaan Negeri turut menyediakan baucar beli-belah sempena perayaan Tahun Baharu Cina kepada mereka yang memerlukan. Saya harap usaha ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam perayaan kali ini,” katanya menerusi Facebook.

Amirudin turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tiong Hua dan mendoakan semua dilimpahi kebahagiaan dan kemakmuran.