AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Januari

24 Jan 2024, 10:01 AM
Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Januari

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Januari 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.