RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 15 sen

23 Sep 2026, 12:30 PM
RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 15 sen
RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 15 sen
RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 15 sen

SHAH ALAM, 23 SEPT: Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 20 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi meningkat 15 sen seliter bagi tempoh 24 hingga 30 September 2026.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga baharu RON97 ditetapkan pada RM5.05 seliter, RON95 tanpa subsidi RM4.57 seliter dan diesel tanpa subsidi RM5.42 seliter, berkuat kuasa mulai Khamis.

Menurut kementerian itu, kekangan bekalan produk petroleum bertapis terus mengekalkan harga pasaran pada paras tinggi.

“Pemulihan kapasiti penapisan global adalah penting bagi penyederhanaan harga produk petroleum. Pada masa sama, pemulihan aliran petroleum melalui Selat Hormuz boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap harga minyak mentah dan produk petroleum bertapis,” katanya dalam kenyataan.

MoF berkata ketidaktentuan geopolitik dunia pula dijangka terus mempengaruhi turun naik harga produk petroleum dalam jangka sederhana.

“Namun begitu, ketidaktentuan geopolitik dunia dijangka terus mempengaruhi turun naik harga produk petroleum dalam jangka sederhana. Risiko konflik juga telah meningkatkan kos penghantaran minyak dengan ketara,” katanya.

Dalam pada itu, harga bahan api bersubsidi kekal iaitu RON95 menerusi BUDI95 pada RM1.99 seliter, diesel BUDI Diesel RM2.10 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) RM2.15 seliter.

MoF menjelaskan menerusi BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan Madani menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat,” katanya.

Kementerian itu berkata Kerajaan Madani akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.