AGENDA

Saksikan siaran langsung amanat MB di Media Selangor esok

14 Jan 2024, 2:00 AM
Saksikan siaran langsung amanat MB di Media Selangor esok

SHAH ALAM, 14 JAN: Dato’ Menteri Besar dijadual menyampaikan amanat Tahun Baharu 2024 kepada penjawat awam di Auditorium Jubli Perak, pusat pentadbiran rasmi negeri, esok.

Dijadual bermula 8 pagi, amanat Dato’ Seri Amirudin Shari akan dipancarkan secara langsung di Facebook rasminya selain boleh ditonton di Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Laporan lengkap ucapan berkenaan turut disiarkan di portal Selangor Journal dan Selangorkini termasuk edisi Mandarin dan Tamil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.