AGENDA

Wanita warga emas diselamatkan lima hari selepas gempa bumi Jepun

7 Jan 2024, 8:55 AM
Wanita warga emas diselamatkan lima hari selepas gempa bumi Jepun

TOKYO, 7 JAN: Seorang wanita berusia 90-an berjaya diselamatkan, lima hari selepas gempa bumi kuat melanda Jepun yang mengorbankan sekurang-kurangnya 126 nyawa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wanita itu ditemukan di bawah runtuhan di bandar pantai barat Suzu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Kyodo pada Ahad.

Jumlah kematian meningkat kepada 126 dengan lebih daripada 200 orang masih hilang, lapor Kyodo memetik pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang ditempatkan di 370 pusat perlindungan di Ishikawa.

- BERNAMA-dpa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.