PBT

MPHS: Bayar parkir kereta di Batang Kali, Kuala Kubu Bharu kini secara digital

2 Jan 2024, 12:30 AM

SHAH ALAM, 2 JAN: Sistem bayaran parkir pintar fasa dua membabitkan kawasan Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu sudah bermula sejak semalam.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan pengguna perlu membayar caj parkir menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) Smart Selangor Parking dan Flexi Parking.

Sebelum ini, fasa satu sistem berkenaan sudah dimulakan membabitkan kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa sejak 1 Disember lalu.

Caj bayaran parkir bermula jam 8 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Jumaat) ialah RM0.50 sen setiap sejam dan RM50 untuk bayaran sebulan. Manakala Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am adalah percuma.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi hotline 1-700-819-612 / 03-6064 1331 sambungan 135.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.