AGENDA

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

26 Dis 2023, 6:32 AM
Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia di Facebook, hujan disertai angin kencang dijangka turut melanda beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.