AGENDA

Amirudin Shari ketuai penerima Anugerah Buku Negara 2023

21 Dis 2023, 6:00 AM
Amirudin Shari ketuai penerima Anugerah Buku Negara 2023

TANJUNG MALIM, 21 DIS: Dato’ Menteri Besar hari ini menerima Anugerah Perdana Tokoh Kepimpinan Muda Cemerlang Dalam Memartabatkan Pembangunan Buku Negara menerusi Anugerah Buku Negara 2023.

Bertempat di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dato’ Seri Amirudin Shari mengetuai senarai penerima anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis sama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut menerima Anugerah Perdana Tokoh Kepimpinan Prolifik Dalam Memartabatkan Buku Negara menerusi buku berjudul G.R.E.A.T!.

Anwar turut menyampaikan trofi kepada Majlis Profesor Negara yang menerima Anugerah Khas Perdana Rakan Strategik Terbaik Dalam Memartabatkan Industri Buku Negara manakala Majlis Buku Kebangsaan Malaysia pula menerima Anugerah Khas Penggerak Industri Buku Negara.

Pada masa sama, Anwar turut meluncurkan buku Ensiklopedia: Menyingkap Rahsia Sains & Teknologi dalam al-Quran tulisan Dr Muhammad Nazir Mohamed Khalid bersama pengarah jabatan pendidikan Perak dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur.

Selain mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk Yayasan Pembangunan Buku Negara, Anwar turut memaklumkan telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembangunan di UPSI yang perlu bermula dalam masa terdekat.

Berikut adalah anugerah yang turut disampaikan perdana menteri:

Tokoh Cendiakawan Ulung Alam Melayu Dalam Memartabatkan Industri Buku Negara

-Dato, Prof. Emeritus Dr Osman Bakar)

Penerbit Prolifik (Agensi Kerajaan)

-Institut Kefahaman Islam Malaysia

Penerbit Terbaik(Jabatan Kerajaan)

-Dewan Bahasa dan Pustaka

Penerbit Prolifik (Badan Bukan Kerajaan)

-Angkatan Belia Islam Malaysia Press

Penerbit Prolifik(Penerbit Universiti)

-Pejabat Karang Mengarang (UPSI)

Buku Mewah Terbaik

-Malaysia Technology Development Corporation(MTDC)

Penerbit Prolifik(Swasta)

-Telaga Biru Sdn Bhd

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.