AGENDA

PKP tidak dilaksana, kerajaan siap siaga hadapi peningkatan kes

18 Dis 2023, 8:56 AM
PKP tidak dilaksana, kerajaan siap siaga hadapi peningkatan kes

SHAH ALAM, 18 DIS: Kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun kes Covid-19 menunjukkan peningkatan ketika ini, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksana lima strategi di bawah Pelan Pengurusan Covid-19 untuk menghadapi pandemik tersebut.

“Ada bertanya melalui ciapan di laman X, kita jelaskan tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP.

“Jadi, bagi hadapi lonjakan kes, KKM menetapkan lima strategi kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan kes Covid-19 seperti pengesanan awal melalui sistem amaran awal,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Beliau berkata lima strategi itu merangkumi pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV-2 serta pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (periksa, lapor, asing, maklum, rawat).

“Strategi ketiga ialah pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kesihatan terutamanya untuk

melindungi golongan berisiko tinggi.

"Strategi keempat ialah memperkasakan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan manakala strategi kelima ialah pendigitalan sistem kesihatan melalui aplikasi MySejahtera," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.