ad
AGENSI

Sukan rakyat antara aktiviti cuti sekolah di Taman Botani Shah Alam

13 Dis 2023, 5:09 AM
Sukan rakyat antara aktiviti cuti sekolah di Taman Botani Shah Alam
Sukan rakyat antara aktiviti cuti sekolah di Taman Botani Shah Alam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 13 DIS: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) menganjur pelbagai aktiviti menarik secara percuma sepanjang cuti sekolah mulai Sabtu ini.

TBNSA menerusi Facebook memaklumkan aktiviti itu termasuk sukan rakyat dan belon buih gergasi, permainan kembung, lukisan muka dan badut belon.

Turut disediakan kelas penanaman pokok dan mengenali tumbuhan herba, aktiviti seni dan kraf selain mendekati haiwan terpilih di ladang haiwan Hussin Fauzi.

Program bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan jadual aktiviti boleh disemak menerusi media sosial rasmi TBNSA atau di pautan http://www.tbnsa.gov.my

Tiket masuk TBNSA adalah RM1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas manakala remaja dan dewasa (RM3).

Golongan orang kurang upaya dan kanak-kanak bawah lima tahun pula adalah percuma.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.