ad
AGENSI

Sewa serendah RM10, berbasikal antara tumpuan pengunjung Taman Botani

9 Okt 2021, 8:18 AM
Sewa serendah RM10, berbasikal antara tumpuan pengunjung Taman Botani
Sewa serendah RM10, berbasikal antara tumpuan pengunjung Taman Botani

SHAH ALAM, 9 OKT: Berbasikal antara aktiviti kegemaran ramai ketika beriadah di Taman Botani Negara Shah Alam yang dibuka semula sejak kelmarin.

Tanpa perlu berbelanja besar, pengunjung hanya membayar sekitar RM10 ke RM20 untuk menyewa hampir 180 basikal pelbagai jenis yang disediakan.

Pengusahanya Nazrul Hazri Aziz berkata kesemua basikal berada dalam keadaan baik dan diselenggara meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

[caption id="attachment_490947" align="alignright" width="357"] Nazrul Hazri Aziz[/caption]

Menurutnya, permintaan terhadap alatan itu tidak hanya tinggi pada hujung minggu tetapi turut mendapat sambutan pada hari bekerja.

"Saya menjangka pengunjung ramai pada hari minggu kerana pembukaan taman ini sentiasa ditunggu. Basikal lasak menjadi tumpuan kerana mudah digunakan di kawasan berbukit," katanya ketika ditemui.

Selain berbasikal, orang ramai turut mengambil peluang berjoging, berjalan kaki dan mengunjungi Taman 1Malaysia, Taman Herba serta Taman Haiwan.

Taman Botani berkeluasan 817 hektar itu dibuka semula setelah ditutup sejak Jun akibat pandemik dengan hanya individu lengkap vaksin dibenarkan masuk.

Pengunjung juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dan diingatkan supaya mengimbas aplikasi MySejahtera serta mengemas kini status risiko masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.