ad
ADN

ADN Meru tumpu program rintis kebersihan perumahan, pembangunan komuniti

6 Dis 2023, 9:02 AM
ADN Meru tumpu program rintis kebersihan perumahan, pembangunan komuniti
ADN Meru tumpu program rintis kebersihan perumahan, pembangunan komuniti

KLANG, 6 DIS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru akan menfokuskan program kebersihan dan pembangunan komuniti tahun depan, bagi mendidik masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar

Mariam Abdul Rashid berkata dua kawasan perumahan akan menjadi projek rintis program tersebut iaitu di Pangsapuri Darul Ehsan dan Taman Desa Permai.

[caption id="attachment_617322" align="alignleft" width="355"] Wakil rakyat DUN Meru Mariam Abdul Rashid. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI[/caption]

“Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkaitan penjagaan kebersihan dan perubahan iklim. Oleh itu, kita memilih dua perumahan ini sebagai projek rintis untuk diadakan program kebersihan pembangunan komuniti.

“Antara program yang bakal dianjurkan seperti gotong-royong, kitar semula dan kobuniti. Kita mahu menerapkan isu kebersihan kepada masyarakat kerana ada bahan-bahan ini boleh dijadikan baja sekali gus menjana pendapatan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di program Jualan Ehsan Rakyat di Surau Ibnu Rabah, Taman Kapar Setia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya juga akan menganjurkan program keusahawanan dalam membantu peniaga meningkatkan pendapatan.

“Bukan itu sahaja, program berkaitan wanita dan belia juga akan menjadi tumpuan di DUN Meru. Malah, pemantauan projek-projek tebatan banjir juga sedang dijalankan seperti dirancang,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.