ad
AGENDA

MB: Pertahan keharmonian, elak api perkauman runtuh nikmat keamanan

2 Dis 2023, 11:47 PM
MB: Pertahan keharmonian, elak api perkauman runtuh nikmat keamanan
MB: Pertahan keharmonian, elak api perkauman runtuh nikmat keamanan
MB: Pertahan keharmonian, elak api perkauman runtuh nikmat keamanan
MB: Pertahan keharmonian, elak api perkauman runtuh nikmat keamanan

GOMBAK, 3 DIS: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat mempertahankan keharmonian yang dikecapi menerusi perpaduan pelbagai etnik, agama dan budaya di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini ada pihak mengintai peluang untuk membakar api perkauman sekali gus meranapkan keamanan yang dinikmati selama ini.

[caption id="attachment_616742" align="aligncenter" width="797"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2023 Parlimen Gombak di Dataran Sungai Tua, Gombak pada 2 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita tidak boleh benarkan elemen ekstrim atau menggunakan sentimen, dan cuba bakar api perkauman antara kita. Akhir-akhir ini ada yang cuba bakar api ini.

“Ini tidak membawa kebaikan langsung kerana negara kita ada perlembagaan dan setiap agama atau kaum dilindungi menerusi undang-undang,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Gombak malam tadi.

[caption id="attachment_616743" align="aligncenter" width="763"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2023 Parlimen Gombak di Dataran Sungai Tua, Gombak pada 2 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Majlis yang diadakan di Dataran Sungai Tua di sini, turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Anfaal Saari dan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Rahim Kasdi.

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa beramah mesra dengan lebih 5,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum sambil menikmati makanan tradisi masyarakat India.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 200 kanak-kanak bagi menceriakan majlis berkenaan.

[caption id="attachment_616744" align="aligncenter" width="808"] Penari SSR Dance Academy membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2023 Parlimen Gombak di Dataran Sungai Tua, Gombak pada 2 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.