AGENDA

Hujan berterusan tahap buruk, waspada di lima negeri hingga esok

2 Dis 2023, 7:52 AM
Hujan berterusan tahap buruk, waspada di lima negeri hingga esok

SHAH ALAM, 2 DIS: Hujan lebat berterusan tahap buruk dan waspada dijangka berlaku di lima negeri semenanjung sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung sehingga 3 Disember ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit,” katanya.

Menurut MetMalaysia, ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh diramal bermula pada 11 November dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.