ad
PBT

MBPJ anjur larian menara pada 17 Disember, promosi PJ lokasi sukan dalam bandar

29 Nov 2023, 12:00 PM
MBPJ anjur larian menara pada 17 Disember, promosi PJ lokasi sukan dalam bandar

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

PETALING JAYA, 29 NOV:  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan menganjurkan acara larian menara pada 17 Disember ini

Timbalan Datuk Bandar Aznan Hassan berkata pertandingan dengan dengan kerjasama Persatuan Larian Menara Malaysia (PLMM) berlangsung di Menara MBPJ.

"Selain mempromosi Petaling Jaya sebagai lokasi pelancongan sukan dalam bandar, pertandingan ini juga bago menyokong sukan larian menara yang semakin diminati ramai.

"Kita juga berharap pertandingan ini menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat. Aktiviti berjalan ataupun menaiki tangga dapat mengurangkan kadar obesiti rakyat Malaysia yang kini berada di tahap 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media kejohanan larian menara kebangsaan MBPJ 2023 yang turut dihadiri pelari menara dunia Soh Wai Ching.

Kejohanan larian menara MBPJ 2023 menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 bagi kategori terbuka lelaki dan wanita serta veteran RM1,000 selain juara kebangsaan (RM500).

Orang ramai dijemput menyertai larian menara dengan pendaftaran dalam talian https:/cps4.me/event/mbpj-towerrun dengan yuran pendaftaran RM 60.

Peserta juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bagi tempoh 12 bulan daripada Pacific Group dan AQME daripada penyertaan tersebut.

Untuk maklumat lanjut hubungi PLMM Ravinder Singh di talian 012 2189921 dan 017 2378983 (Karen Loh).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.