AGENDA

Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

25 Nov 2023, 9:33 AM
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini (27 Nov).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran di Kelantan itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk bagi tempoh sama di Perak iaitu di Hulu Perak, Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak membabitkan kawasan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; serta Manjung manakala Pahang di kawasan Jerantut dan Kuantan sehingga Isnin ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.