ad
EXCO

Negeri-KKDW kerjasama jayakan projek naik taraf jalan luar bandar

23 Nov 2023, 1:30 PM
Negeri-KKDW kerjasama jayakan projek naik taraf jalan luar bandar
Negeri-KKDW kerjasama jayakan projek naik taraf jalan luar bandar

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat untuk bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi menjayakan projek menaik taraf dan baik pulih jalan luar bandar.

EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail berkata kerjasama itu bagi menampung kos projek memandangkan peruntukan sedia ada sebanyak RM2 juta daripada negeri tidak mencukupi.

[caption id="attachment_613845" align="aligncenter" width="755"] EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail menjawab pertanyaan wakil rakyat ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 17 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Justeru, Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat dengan KKDW untuk turut mengguna pakai peruntukan daripada kementerian bagi membiayai projek naik taraf dan baiki jalan luar bandar ini," katanya.

Bercakap dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini, Rizam berharap kerjasama bersama berkenaan dapat menampung kekangan peruntukan sekali gus membantu negeri menaik taraf lebih banyak jalan luar bandar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.