ad
AGENDA

Hujan berterusan tahap buruk dijangka di Terengganu, Kelantan hingga Jumaat

21 Nov 2023, 7:59 AM
Hujan berterusan tahap buruk dijangka di Terengganu, Kelantan hingga Jumaat

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berlarutan hingga Khamis ini.

“Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan hingga Jumaat ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.