AGENDA

Empat daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

2 Nov 2023, 11:00 AM
Empat daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM,2 NOV: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda empat daerah di Selangor sehingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

Keadaan sama turut melanda beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.