AGENDA

300 maut, 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel di Gaza

15 Okt 2023, 8:10 AM
300 maut, 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel di Gaza

GAZA, 15 OKT: Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata seramai 800 lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan itu.

Sejak 7 Okt lepas, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang memusnahkan kawasan kediaman, selain menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera, dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.