AGENDA

Jet Israel bedil pejabat bulan sabit merah Palestin, jumlah kematian meningkat

11 Okt 2023, 1:46 PM
Jet Israel bedil pejabat bulan sabit merah Palestin, jumlah kematian meningkat

GAZA, 11 OKT: Jet Israel membedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan perkhidmatan penyelamat pada Rabu.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian setakat ini.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata semua hospital di wilayah itu tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit, selain turut menghadapi kekurangan bekalan ubat-ubatan dan peralatan.

Jumlah korban di Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel sejak Sabtu lalu kini meningkat kepada 1,055 orang.

- BERNAMA-dpa