ad
AGENDA

Selangor, Universiti Al-Azhar bincang kerjasama pendidikan, hasrat hantar imam jalani kursus khas

10 Okt 2023, 10:28 AM
Selangor, Universiti Al-Azhar bincang kerjasama pendidikan, hasrat hantar imam jalani kursus khas
Selangor, Universiti Al-Azhar bincang kerjasama pendidikan, hasrat hantar imam jalani kursus khas

SHAH ALAM, 10 OKT: Kerajaan Selangor berhasrat bekerjasama dalam bidang pendidikan dengan Universiti Al-Azhar, Mesir termasuk menghantar imam dan khatib menjalani kursus khas.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu disampaikan kepada wakil universiti Syeikh Prof Dr Muhammad Abdul Rahman Al-Dhuwaini dan mendapat maklum balas positif.

"Selain itu, perbincangan tentang potensi kerjasama pendidikan turut melihat keperluan menyediakan kelas persediaan di Malaysia sebelum mahasiswa melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

"Moga kejayaan pertemuan ini bakal membawa manfaat kepada rakyat Selangor kelak," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook yang turut memaklumkan pertemuan itu diadakan sebelum beliau berangkat ke Amman, Jordan bagi meneruskan lawatan kerja.

Beliau yang memulakan lawatan sejak kelmarin bakal mengadakan pertemuan bersama penasihat utama Raja Abdullah, Putera Ghazi Muhammad dan menghadiri majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Jordan.

Esok, Amirudin dijadual menyertai bual bicara Mahasiswa Selangor di Jordan, melawat penempatan pelajar dan merasmikan penutupan Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2023.

[caption id="attachment_607024" align="aligncenter" width="703"] Delegasi Kerajaan Selangor diketuai Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan wakil Universiti al-Azhar baru-baru ini. Foto Facebook Amirudin Shari pada 10 Oktober 2023[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.