AGENDA

MB bincang keperluan pelajar Selangor di Jordan, pastikan kebajikan terjaga

10 Okt 2023, 2:54 AM
MB bincang keperluan pelajar Selangor di Jordan, pastikan kebajikan terjaga
MB bincang keperluan pelajar Selangor di Jordan, pastikan kebajikan terjaga

SHAH ALAM, 10 OKT: Pelbagai perkara termasuk keperluan kira-kira 300 mahasiswa Selangor yang menuntut ilmu di Jordan dibincang bersama Duta Malaysia di negara berkenaan semalam.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya turut membincangkan isu setempat termasuk persekitaran yang perlu difahami oleh pelajar.

“Kita ambil maklum tentang beberapa perkara tersebut dan harus diambil perhatian terutama kepada mahasiswa yang bakal belajar di sini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam pertemuan sama, Amirudin turut melihat peluang menempatkan mahasiswa di beberapa universiti sekitar kawasan berkenaan.

“Kita lihat dari kemudahan serta peluang hantar pelajar ke sini mahupun dapatkan pelajar mereka untuk menuntut di Malaysia,” katanya.

Dato’ Menteri Besar yang memulakan lawatan sejak kelmarin bakal mengadakan pertemuan bersama penasihat utama Raja Abdullah, Putera Ghazi Muhammad dan menghadiri majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Jordan.

Esok, Amirudin dijadual menyertai bual bicara Mahasiswa Selangor di Jordan, melawat penempatan pelajar dan merasmikan penutupan Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2023.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.