AGENDA

Air pasang besar tidak jejas penduduk, industri dan pelancongan

2 Okt 2023, 12:00 PM
Air pasang besar tidak jejas penduduk, industri dan pelancongan
Air pasang besar tidak jejas penduduk, industri dan pelancongan

SHAH ALAM, 2 OKT: Kejadian air pasang besar yang berlaku di Pelabuhan Klang sejak Jumaat lalu tidak menjejaskan penduduk, kawasan industri dan pusat pelancongan.

EXCO pengurusan bencana berkata fenomena yang dijangka berakhir hari ini hanya menjejaskan satu jeti nelayan di Pulau Indah.

[caption id="attachment_599567" align="alignleft" width="348"] EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi[/caption]

Menurut Najwan Halimi, faktor cuaca panas dan jerebu yang melanda negeri sejak beberapa hari lalu membantu mengelakkan bencana banjir.

“Setakat ini tidak melibatkan kawasan industri atau tarikan pelancongan. Hanya satu ban sepanjang lima meter pecah di Jeti Nelayan Sungai Kembong.

“Bagaimanapun kerja-kerja mitigasi pembaikan ban sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor,” katanya kepada Selangorkini.

Khamis lalu, Pejabat Daerah dan Tanah Klang menasihatkan orang awam khususnya penduduk Pelabuhan Klang berwaspada susulan fenomena air pasang besar bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini.

Bacaan paras air laut di kawasan itu diramal meningkat setinggi 5.7 meter yang mungkin membawa risiko banjir.