AGENDA

MB: Lapor segera ke unit khas negeri jika stok beras menyusut

27 Sep 2023, 5:24 AM
MB: Lapor segera ke unit khas negeri jika stok beras menyusut
MB: Lapor segera ke unit khas negeri jika stok beras menyusut

SHAH ALAM, 27 SEPT: Orang ramai diminta melaporkan segera ke Unit Kawal Selia Padi dan Beras Selangor jika berdepan kekurangan bekalan itu di mana-mana tempat dalam negeri.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklukan pasukan khas berkenaan akan bertindak dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan bagi memastikan stok beras tidak terputus.

"Kerajaan Negeri menggerakkan inisiatif ini bagi membantu kehidupan rakyat dan mengelak pembelian panik. Mohon sebarkan supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat," katanya di Facebook hari ini.

Aduan boleh disalurkan melalui telefon di talian 03-32898419 atau WhatsApp 017-2230771.

Pada 21 September, Amirudin memberi jaminan bekalan beras putih tempatan di Selangor cukup untuk menampung keperluan penduduk sehingga akhir tahun.

Jelasnya, negeri memiliki baki bekalan 20,000 tan metrik, sekali gus tiada keperluan untuk menggunakan stok penimbal iaitu simpanan jika sesuatu barangan di pasaran tidak cukup.

Beliau menambah pentadbiran negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor juga berusaha menambah bekalan beras di pasaran menerusi jualan beras jenama Ehsan di tujuh lokasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.