ad
AGENDA

EXCO: Banci pertanian untuk perkemas data, tingkat kecekapan salur dana

14 Sep 2023, 2:30 PM
EXCO: Banci pertanian untuk perkemas data, tingkat kecekapan salur dana
EXCO: Banci pertanian untuk perkemas data, tingkat kecekapan salur dana
EXCO: Banci pertanian untuk perkemas data, tingkat kecekapan salur dana

KUALA SELANGOR, 14 SEPT: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaksanakan bancian pertanian bagi menilai serta mengumpul data terperinci sektor asas tani.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata bancian julung kali mulai tahun depan itu adalah bukti kerajaan memandang serius isu keterjaminan makanan serta pembangunan tanah.

"Bancian pertanian akan dijalankan terhadap semua pihak yang menjalankan aktiviti pertanian termasuk koperasi, syarikat serta individu terdiri petani, penternak, pekebun dan pesawah.

“Setakat ini tiada sesiapa yang ada maklumat lengkap mengenai pertanian. Ada petani yang berdaftar dan ada yang tidak berdaftar dengan pihak jabatan, jadi ia sukar.

“Data ini penting untuk kita ukur supaya kita rancang pembangunan tanah dan jaminan makanan kita,” katanya selepas merasmikan Hari Inovasi Pertanian Selangor 2023 di Kompleks Pejabat Pertanian di sini hari ini.

[caption id="attachment_602932" align="aligncenter" width="700"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berucap ketika Hari Inovasi Pertanian Selangor dan Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor di Kompleks Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor pada 14 September 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Izham berkata bancian pertanian yang dijangka bermula Julai tahun itu akan membantu Kerajaan Negeri menyedia peruntukan dengan lebih bersasar.

“Tidak mudah untuk kumpul data ini kerana kadang-kadang tanaman ini berubah-ubah dan mengikut musim. Namun sekurang-kurangnya kita ada gambaran dan tahu maklumatnya.

"Selangor mempunyai dasar jelas untuk memajukan sektor pertanian selain menjadi pusat simpanan makanan negara pada masa depan,” katanya.

[caption id="attachment_602933" align="aligncenter" width="700"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim mencuba pizza pucuk ubi ketika Hari Inovasi Pertanian Selangor dan Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor di Kompleks Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor pada 14 September 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.