AGENDA

Kajian Separuh Penggal RMK12 rungkai tahap pembangunan negara, sosioekonomi rakyat

11 Sep 2023, 2:01 AM
Kajian Separuh Penggal RMK12 rungkai tahap pembangunan negara, sosioekonomi rakyat

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bakal merungkai pelbagai perkara berkaitan tahap pembangunan negara dan sosioekonomi rakyat untuk penggal 2021-2025.

Demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan menerusi Facebook beliau.

“Insya-Allah, pada 10 pagi sebentar lagi saya akan membentangkan KSP RMK12,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut takwim persidangan Dewan Rakyat menerusi laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 pagi ini akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen selama tiga hari bermula esok diikuti jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 September.

Pembentangan KSP RMK12 akan disiarkan secara langsung menerusi YouTube Parlimen Malaysia dan beberapa saluran televisyen.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.