AGENDA

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan hingga 3 petang

29 Ogos 2023, 5:53 AM
Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan hingga 3 petang

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kecang dan ribut petir di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 3 petang.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Perlis selain beberapa bahagian di Kedah dan Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.