ad
PBT

MBSJ pelawa orang ramai meriahkan perarakan Hari Merdeka pada 10 September

26 Ogos 2023, 2:23 AM
MBSJ pelawa orang ramai meriahkan perarakan Hari Merdeka pada 10 September

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 25 OGOS: Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan perarakan Hari Kemerdekaan yang diadakan bersekali dengan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya pada 10 September.

Program anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi itu, bertempat di Jalan Persiaran Kemajuan iaitu berhadapan pusat membeli belah Subang Parade dan Aeon Big.

“Pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan seperti cabutan bertuah serta aktiviti kekeluargaan dan sihat untuk semua peringkat umur.

“Antaranya adalah pertandingan bolasepak jalanan, kejohanan bola jaring jalanan, Zumba, kayuhan santai, pesta sarapan pagi, sukan lasak ‘Abseiling, Rappelling dan Flying Fox’ serta ‘Rock Climbing’,” kata MBSJ di Facebook.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan mata secara percuma selain pameran keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pameran MBSJ.

Turut diadakan demonstrasi pihak bomba dan penyelamat serta demonstrasi silambam Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.