Lelaki dipercayai provokasi sambutan Hari Kebangsaan direman sehari

2 Sep 2026, 5:14 AM
Lelaki dipercayai provokasi sambutan Hari Kebangsaan direman sehari

PUTRAJAYA, 2 SEPT: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam insiden provokasi pada sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Isnin lepas, direman satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Masjistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan reman tersebut.

“Suspek direman selama hari bermula hari ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya.

Pihak polis kemudian meminta individu tersebut tampil bagi membantu siasatan, selepas empat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan diterima.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.