ad
AGENDA

Lebih banyak negara sertai Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor Oktober depan

26 Ogos 2023, 1:00 AM
Lebih banyak negara sertai Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor Oktober depan
Lebih banyak negara sertai Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor Oktober depan
Lebih banyak negara sertai Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor Oktober depan

SHAH ALAM, 26 OGOS: China, Itali dan United Kingdom antara negara yang menyertai Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) anjuran Invest Selangor Berhad (Invest Selangor).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Hasan Azhari Idris berkata acara yang dijadual berlangsung pada Oktober turut disertai Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam,Filipina, Bangladesh, Taiwan, Korea Selatan Jepun dan Kazakhstan.

[caption id="attachment_524105" align="aligncenter" width="775"] Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato' Hasan Azhari Idris dalam sidang media di Pasaraya ST Rosyam, Shah Alam pada 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Tahun ini, Ekspo Taman Perindustrian Selangor dibuka kepada pempamer luar turut disertai Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina berbanding sebelum ini yang hanya disertai pempamer tempatan," katanya ketika dihubungi.

Hasan Azhari berkata Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) yang dijangka menyumbang tinggi potensi jualan turut menganjur tiga program baharu bagi menarik minat pengunjung.

“Festival Kulinari Antarabangsa Selangor, Minggu Kopi Antarabangsa Selangor dan Ekspo Kopi dan Teh Antarabangsa Selangor menjadi tarikan baharu yang melibatkan usahawasan domestik serta negara luar,” katanya yang turut memanfaatkan sidang berkenaan untuk mempromosi rantau Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan utama dunia.

[caption id="attachment_594879" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

SIBS 2023 diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober ini menyasarkan 50,000 kehadiran pengunjung termasuk pelawat perdagangan dari Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.

Invest Selangor menyasarkan potensi jualan sehingga RM1.5 bilion susulan kejayaaan tahun lalu sebanyak RM1.45 bilion, jauh lebih tinggi berbanding sasaran RM350 juta.

Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor adalah sebahagian daripada enam segmen utama yang ditampilkan SIBS.

Turut diadakan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan), Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.