SHAH ALAM, 25 OGOS: Sesi dialog bagi mempromosi rantau Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan utama dunia dijadual berlangsung sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada Oktober ini.
Ketua pengarah eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) berkata Sidang Pelabur Asis Tenggara bakal membincangkan hala tuju yang lebih jelas bagi menjadikan rantau ini gah di mata dunia.
[caption id="attachment_524105" align="aligncenter" width="812"] Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato' Hasan Azhari Idris ketika sidang media di Pasaraya ST Rosyam, Shah Alam pada 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
“Wakil setiap negara yang terlibat akan membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan supaya dapat mempromosi rantau ini menjadi destinasi pelaburan utama dunia.
“Ini antara satu tarikan baharu di SIBS tahun ini. Kita harap usaha mencapai matlamat sekali gus memberi nilai tambah kepada negeri,” kata Dato’ Hasan Azhari Idris.
SIBS 2023 diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober ini menyasarkan 50,000 kehadiran pengunjung termasuk pelawat perdagangan dari Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.
Tahun ini, Invest Selangor menyasarkan potensi jualan sehingga RM1.5 bilion susulan kejayaaan tahun lalu sebanyak RM1.45 bilion, jauh lebih tinggi berbanding sasaran RM350 juta.
Enam segmen utama ditampilkan iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.
Turut diadakan Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.