AGENDA

Semenyih, Subang Jaya antara lokasi jualan murah esok

22 Ogos 2023, 8:30 AM
Semenyih, Subang Jaya antara lokasi jualan murah esok
Semenyih, Subang Jaya antara lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 22 OGOS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) ke tiga lagi lokasi esok dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga murah.

Program bermula jam 10 pagi itu diadakan di Padang Futsal Seksyen 2 Kos Rendah Rinching, Semenyih, Masjid Nurul Huda Kampung Kenangan majlis perwakilan penduduk (MPP) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Tapak Malam Taman Klang Jaya, Sentosa.

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.