AGENDA

Kuala Selangor, Gombak antara empat daerah diramal hujan sehingga 7 malam

20 Ogos 2023, 9:50 AM
Kuala Selangor, Gombak antara empat daerah diramal hujan sehingga 7 malam

SHAH ALAM, 20 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di empat daerah di Selangor sehingga jam 7 malam.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih., media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.