ad
AGENDA

MB tinjau program kemasyarakatan Pandu Puteri Tunas di Sungai Tua

19 Ogos 2023, 5:20 AM
MB tinjau program kemasyarakatan Pandu Puteri Tunas di Sungai Tua
MB tinjau program kemasyarakatan Pandu Puteri Tunas di Sungai Tua

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 19 OGOS: Dato' Menteri Besar meluangkan masa melawat Pasukan Pandu Puteri Tunas daerah Gombak yang melakukan program kemasyarakatan di Dewan MPKK dan balai wanita Kampung Sungai Tua Baharu hari ini.

Dalam lawatan kira-kira setengah jam itu beliau beramah mesra dengan 34 ahli pasukan Pandu Puteri Tunas dan meninjau aktiviti menanam 30 pokok bunga ros menggunakan botol kitar semula yang dilakukan mereka.

Pasukan badan beruniform dari lapan buah sekolah rendah di daerah Gombak itu yang disertai 13 pemimpin mereka serta penduduk kampung turut mendengar ucapan ringkas Dato' Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_598647" align="alignright" width="500"] Persatuan Pandu puteri tunas Daerah Gombak meletakkan tanah kedalam botol bagi menanam bunga ros ketika Program Gotong Royong MPKK Sungai Tua bersama Pandu puteri di Kampung Sungai Tua Baru, Gombak pada 19 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, pasukan tersebut bergotong royong membersihkan dewan MPKK dan dewan wanita Kampung Sungai Tua Baharu dan memasang bendera di sekeliling dewan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Sementara itu Pesuruhjaya Perhubungan Kemasyarakatan Persatuan Pandu Puteri Daerah Gombak Haniza Hanapi berkata beliau dan pasukannya teruja dengan kehadiran Dato' Menteri Besar hari ini.

"Tak sangka beliau sudi datang ke program kami dan kami amat berterima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan dalam ucapannya.

"Beliau seorang yang mesra dan sporting," katanya sambil memberitahu program hari ini bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.