ad
AGENDA

Pemulihan bekalan air enam kawasan capai hampir 40 peratus

13 Ogos 2023, 6:44 AM
Pemulihan bekalan air enam kawasan capai hampir 40 peratus
Pemulihan bekalan air enam kawasan capai hampir 40 peratus
Pemulihan bekalan air enam kawasan capai hampir 40 peratus

SHAH ALAM, 13 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 39.8 peratus bagi kumpulan satu manakala 4.4 peratus kumpulan kedua setakat jam 1 tengah hari.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat bermula jam 12 tengah hari ke premis pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya di Facebook.

Para pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ atau aplikasi Air Selangor.

Semalam, operasi LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 terjejas berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air.

Susulan itu, pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bersih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.