ad
ADN

Pusat pelancongan agro jadi lubuk rezeki petani, penduduk

2 Ogos 2023, 9:24 AM
Pusat pelancongan agro jadi lubuk rezeki petani, penduduk
Pusat pelancongan agro jadi lubuk rezeki petani, penduduk

OLEH NAS NORZIELA NASBAH dan YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

KLANG, 2 OGOS: Kawasan Johan Setia bakal dijadikan pusat pelancongan agro yang akan membantu lebih 150 petani dan penduduk sekitar meraih pendapatan hasil jualan pertanian.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berkata kawasan seluas 1,000 ekar itu turut dilengkapi dataran untuk menempatkan pusat rancangan ekonomi.

“Kami merancang untuk merealisasikan impian petani dan penduduk sekitar menjana pendapatan melalui hasil pertanian mereka dengan mewujudkan pusat kegiatan ekonomi.

"Perancangan itu termasuk menyediakan tapak jualan hasil tani, trak makanan (foodtruck) dan pasar malam,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika ditemui di sini hari ini.

Johan Setia merupakan pembekal makanan kedua terbesar di negeri ini selepas Ulu Yam, dengan sebahagian kawasan diwartakan Majlis Perbandaran Klang sebagai zon Revolusi Hijau hingga 2033.

[caption id="attachment_596153" align="aligncenter" width="721"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman meninjau projek penanaman cili di Kampung Kubu Gajah yang akan menjadi model koperasi guru Kafa dan guru Kemas.[/caption]

Sementara itu, calon HARAPAN DUN Paya Jaras bercadang menubuhkan koperasi khas untuk kebajikan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas).

Menurut Mohd Khairuddin Othman, hasil koperasi diperoleh menerusi penanaman cili seluas suku ekar di Kampung Kubu Gajah, yang mampu meraih keuntungan bulanan sehingga RM12,000.

“Saya beberapa kali mencadangkan agar satu koperasi guru Kafa dan guru Kemas ditubuhkan bagi menjana pendapatan, sekali gus memperkasa kebajikan guru kedua-dua sekolah tersebut.

“Susulan itu, saya akan memohon kepada Institut Kemajuan Desa sebidang tanah untuk diusahakan dengan tanaman seperti cili dan hasil pendapatan itu dibawa semula ke koperasi,” katanya.

Mohd Zawawi dan Mohd Khairuddin akan mempertahan kerusi sama dalam pilihan raya negeri yang berlangsung pada 12 Ogos.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.