ad
PBT

MPS pelawa orang ramai sertai program Jom Teroka Selayang

29 Jul 2023, 1:18 AM
MPS pelawa orang ramai sertai program Jom Teroka Selayang
MPS pelawa orang ramai sertai program Jom Teroka Selayang

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

SELAYANG, 29 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempelawa orang ramai menyertai program Jom Teroka Selayang bertujuan mendedahkan keunikan bandar itu.

Yang Dipertua MPS, Datuk Mohd Yazid Sairi berkata program yang diadakan pada 27 Ogos ini berkonsepkan ‘pencarian harta karun’ bermula 6.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Kali terakhir program ini diadakan adalah pada 2018 dan tahun ini kali pertama program ini diadakan semula selepas pandemik.

“Gombak, Batu Caves, Batu Arang, Rawang, Kuang dan Bandar Baru Selayang merupakan antara kawasan yang akan diteroka peserta program ini,” katanya dalam mesyuarat penuh bulanan di Menara MPS semalam.

Jelasnya, kawasan yang dipilih dalam program tersebut adalah berdasarkan keunikan sesebuah lokasi itu sendiri supaya ia dapat dihayati setiap peserta.

Beliau berkata, program yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM7,300 itu mensasarkan 50 pasukan terawal secara keseluruhan namun, sehingga kini hanya 13 pasukan berdaftar.

Yuran penyertaan RM150 untuk satu pasukan yang dianggotai empat peserta dan diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang peserta perempuan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.