AGENDA

Kampung Wira Damai, Batu Arang antara lokasi jualan murah esok

21 Jul 2023, 10:00 AM
Kampung Wira Damai, Batu Arang antara lokasi jualan murah esok
Kampung Wira Damai, Batu Arang antara lokasi jualan murah esok

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 21 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah menerui program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di sembilan lokasi esok mulai 10 pagi.

Menurut Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), lokasi terlibat meliputi Padang Taman Rakan (Parlimen Bangi) dan Tasik Bandar Botanic (Parlimen Kota Raja).

Jualan turut berlangsung di Kampung Wira Damai (Parlimen Gombak), tapak parkir Jalan Damai Utama 2 (Parlimen Subang), Kampung Delek (Parlimen Kapar) dan Batu Arang (Parlimen Selayang).

Lokasi lain ialah hadapan Kilang Lay Hong Kampung Sungai Burong, (Parlimen Tanjung Karang), KRT DUN Seri Serdang (Parlimen Puchong) dan Taman Dato' Ahmad Razali (Parlimen Ampang).

Jualan itu, yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Produk dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.