Oleh AMIRUL FAZLI
SHAH ALAM, 19 JULAI: Program jualan murah barangan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke sembilan lokasi esok mulai 10 pagi.
PKPS memaklumkan jualan diadakan di Kampung Bukit Badong (Parlimen Kuala Selangor), Masjid Bandar Utama, Batang Kali (Parlimen Hulu Selangor) serta Puteri Centre Park, Tasik Puteri (Parlimen Selayang).
Selain itu, Masjid Al-Amiriah Blok J Sawah Sempadan (Parlimen Tanjong Karang), Pangsapuri Seri Perantau (Parlimen Kapar) dan Madrasatul Hajjah Zubaidah, Jln PJS 1/52 (Parlimen Petaling Jaya)
Jualan Ehsan Rahmah (JER) turut diadakan Balai Raya Penghulu Johan Setia (Parlimen Kota Raja), Court Futsal Flat Sri Intan Lembah Jaya (Parlimen Ampang) dan Balai Masyarakat Kg Baru Seri Kembangan (Parlimen Puchong).
Produk dijual meliputi ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).
Mulai 15 Julai, PKPS bakal menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.
Program tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga hujung tahun ini berikutan sambutan menggalakkan orang ramai.
PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.
Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS



