ad
AGENDA

Sultan, Tengku Permaisuri Selangor seru rakyat kukuh perpaduan jauhi kemungkaran

19 Jul 2023, 4:43 AM
Sultan, Tengku Permaisuri Selangor seru rakyat kukuh perpaduan jauhi kemungkaran

SHAH ALAM, 19 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri mengingatkan rakyat supaya perkukuhkan perpaduan sesama ummah dan jauhi kemungkaran.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin bertitah rakyat hendaklah menjauhi sifat tercela seperti berdusta, khianat dan menyebarkan berita palsu seperti orang munafik.

"Sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, Beta menyeru sekalian umat Islam bertekad memperbaharui azam untuk mengubah cara berfikir dan melakukan sesuatu tindakan dengan niat ke arah mencapai matlamat kecemerlangan di dalam kehidupan.

"Beta berharap sambutan Maal Hijrah ini dihayati dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan peri pentingnya penghayatan nilai murni dalam Islam diterjemah kepada setiap aspek kehidupan," titahnya menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office.

DYMM Sultan dan Tengku Permaisuri turut mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1445 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.