ad
AGENDA

MB bersama ribuan jemaah hadir sambutan Maal Hijrah di masjid negeri

26 Jun 2025, 10:42 PM
MB bersama ribuan jemaah hadir sambutan Maal Hijrah di masjid negeri
MB bersama ribuan jemaah hadir sambutan Maal Hijrah di masjid negeri

SHAH ALAM, 26 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, malam ini.

Disertai hampir 3,000 jemaah, majlis ambang tahun baharu hijrah itu dimulakan dengan doa akhir tahun sebelum solat Maghrib dan Isyak, seterusnya bacaan doa awal tahun.

Turut diadakan ceramah bertajuk ‘Membangun Ummah Madani’ disampaikan pakar perubatan dalaman dan respiratori, Prof Dr Faisal Abdul Hamid.

Tahun ini Ahli Dewan di-Raja Selangor Tengku Seri Wangsa Diraja Dato Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri.

Beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, sijil penghargaan dan trofi yang disampaikan Amirudin.

[caption id="attachment_707272" align="aligncenter" width="701"] Program ceramah Maal Hijrah oleh Profesor Dr. Faisal Abdul Hamid sempena Majlis Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1447H bertemakan “Membangun Ummah MADANI” di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor menerusi kenyataan berkata Maal Hijrah bukan sekadar memperingati sejarah perpindahan Rasullullah SAW tetapi menjadi simbol perubahan anjakan paradigma bersandarkan wahyu, ilmu kesedaran serta pengalaman.

Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata berkata hijrah juga merupakan titik transformasi dan pemberdayaan cara ummah berfikir dan bertindak berdasarkan kebangkitan dan kekuatan rohani.

“Sambutan Maal Hijrah ini bukan acara semata-mata sebaliknya merupakan titik tolak ummah dalam menongkah arus semasa dan menjadi tonggak kekuatan umat Islam menghadapi masa depan.

“Marilah kita memaknakan hijrah ini dengan semangat baharu mencaru keredhaan Allah SWT dalam apa juga keadaan.

“Meninggalkan budaya bercakaran sesama sendiri, berbecah belah dan bersangka buruk kepada kebangkitan ummah Madani yang progresif, inklusif dan berlandaskan syariat,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.