AGENDA

Sultan Selangor titah kenyataan MB Kedah 'belum selesai'

17 Jul 2023, 8:55 AM
Sultan Selangor titah kenyataan MB Kedah 'belum selesai'
Sultan Selangor titah kenyataan MB Kedah 'belum selesai'

SHAH ALAM, 17 JULAI: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menghina institusi diraja Selangor "masih belum selesai."

"Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai," menurut kenyataan Pejabat DYMM Sultan Selangor di media sosialnya hari ini selepas menerima menghadap Ketua Polis Selangor Dato' Hussein Omar Khan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Istana Bukit Kayangan di sini.

"Pertemuan secara berasingan ini telah membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor," kenyataan ringkas di Facebook Selangor Royal Office dipetik.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap lebih 50 laporan berhubung kenyataan Sanusi tidak terhenti meskipun beliau dilaporkan memohon ampun kepada Sultan Selangor.

Wakil rakyat PAS itu juga sudah memberi keterangan kepada polis Bukit Aman pada 14 Julai, dengan mendakwa ucapannya sengaja diputar belit bagi menimbulkan salah faham.

[caption id="attachment_593497" align="aligncenter" width="716"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Ketua Polis Selangor Dato' Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 17 Julai 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.