PBT

MBSA terima anugerah khas di Amerika Syarikat, hasil inovasi teknologi GIS

15 Jul 2023, 1:22 AM
MBSA terima anugerah khas di Amerika Syarikat, hasil inovasi teknologi GIS
MBSA terima anugerah khas di Amerika Syarikat, hasil inovasi teknologi GIS
MBSA terima anugerah khas di Amerika Syarikat, hasil inovasi teknologi GIS

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 15 JULAI: Inovasi penggunaan teknologi Geography Information System (GIS) oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Khas GIS sempena Persidangan Esri International User 2023 di California, Amerika Syarikat 12 Julai lalu.

Anugerah tersebut diberikan kepada pengguna di seluruh dunia untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam penggunaan teknologi GIS daripada 100,000 peserta yang turut terlibat.

[caption id="attachment_592966" align="aligncenter" width="580"]
Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, Umi Aida Ab Malek dan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Nur Syadwan Yahsan mewakili MBSA menerima Anugerah Pencapaian Khas GIS sempena Persidangan Esri International User 2023 di California, Amerika Syarikat pada 12 Julai 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam[/caption]

MBSA diwakili Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, Umi Aida Ab Malek dan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan, Nur Syadwan Yahsan menerima anugerah berkenaan.

MBSA dalam kenyataan berkata, pencapaian tertinggi itu adalah melibatkan Jabatan ICT, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kewangan serta Jabatan Pelesenan dalam projek Intergrasi Pemetaan GIS dengan sistem cukai E-Massa yang memaparkan pemantauan kutipan cukai dan pelesenan menerusi portal i-MapSA.

[caption id="attachment_592967" align="aligncenter" width="747"] Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima Anugerah Pencapaian Khas GIS sempena Persidangan Esri International User 2023 di California, Amerika Syarikat pada 12 Julai 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam[/caption]

Persidangan yang bermula sejak 10 Julai itu turut melibatkan 300 sesi pembentangan dan latihan teknikal.