ad
AGENDA

Selangor cipta lebih 18,000 peluang kerja melalui pelaburan dibawa masuk

14 Jul 2023, 5:53 AM
Selangor cipta lebih 18,000 peluang kerja melalui pelaburan dibawa masuk
Selangor cipta lebih 18,000 peluang kerja melalui pelaburan dibawa masuk
Selangor cipta lebih 18,000 peluang kerja melalui pelaburan dibawa masuk
Selangor cipta lebih 18,000 peluang kerja melalui pelaburan dibawa masuk

SHAH ALAM, 14 JULAI - Selangor mewujudkan lebih 18,000 peluang pekerjaan kepada rakyat melalui pelaburan yang dibawa masuk ke negeri ini sejak lima tahun lepas.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata angka itu membuktikan kemampuan pentadbiran negeri menyediakan pekerjaan berkualiti dengan pendapatan yang baik.

[caption id="attachment_590490" align="aligncenter" width="730"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis perasmian taman tema air SplashMania di Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat pada 2 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Rekod menunjukkan untuk tempoh lima tahun, kita berupaya cipta lebih 18,000 pekerjaan melibatkan lebih 1,100 (jenis) pekerjaan berdasarkan pelaburan yang masuk ke Selangor.

"Kita akan terus tawarkan kerja yang bagus dan pendapatan lebih baik kepada mereka (rakyat). Ini sememangnya mendorong rakyat luar negeri migrasi ke Selangor," katanya.

Bercakap dalam program The Breakfast Grille kendalian sebuah stesen radio tempatan pagi tadi, Amirudin menambah Kerajaan Negeri terus memperkasa program latihan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir khususnya dalam industri aeroangkasa dan pembuatan automotif.

[caption id="attachment_539109" align="aligncenter" width="779"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC), Shah Alam pada 8 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin turut memaklumkan Kerajaan Negeri melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bekerjasama dengan beberapa syarikat penting bagi meningkatkan kemahiran belia dalam sektor berkaitan.

"Kerjasama melibatkan syarikat Siemens dan Festo, masing-masing dari Jerman. Kenapa kita piliha syarikat itu? Sebab 70-80 peratus kilang di Malaysia guna Siemens sebagai mesin dan alat digital (Siemens).

"Kita juga menandatangani perjanjian dengan Apple Inc untuk bahasa pengaturcaraan ‘swift’ dengan lebih 100 pelajar STDC dilatih ketika ini. Insya-Allah, September nanti satu lagi MoU akan ditandatangani dengan South System untuk prototaip kapal terbang dan pesawat," katanya lagi.

[caption id="attachment_528460" align="aligncenter" width="869"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat bengkel automotif selepas majlis penjenamaan Kolej Antarabangsa INPENS kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Kuala Selangor pada 25 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.